Sunday, November 30, 2008

salam perpisahan ...

Kak Jamilah akan bersara pilihan setelah lama bertugas dalam bidang pentadbiran. Zaidel pula akan berpindah ke Sarawak. Sarawak memang kampung halaman Zaidel. Tentunya beliau seronok dapat bersama-sama semula dengan keluarga tercinta di sana.
Kepada Zaidel, selamat kembali ke kampung halaman. Insya-Allah kalau ada rezeki kami akan ke sana lagi. Teringin juga nak ke Serikin yang terkenal dengan barangan kraf dan perabot Indonesia yang sangat murah harganya. Tempoh hari tak sempat nak ke situ.

Kepada kak Jamilah, selamat bersara. Masa persaraan memang dinanti-nantikan oleh setiap pekerja. Mula-mula memang terasa "kosong" dan tak tahu nak buat apa-apa - macam yg pernah saya alami lebih enam tahun lalu. Kak Milah pasti dah ada perancangan sendiri. Tentunya nanti kak Milah akan sibuk pula dengan urusan perniagaannya. Akan terisilah "kekosongan" selepas persaraan nanti. Semoga perancangan yang bakal dijalankan akan beroleh kejayaan.
Seperti yang diminta, saya buatkan kek istimewa untuk majlis mereka. Kek "CAPPUCINO INDULGENCE WITH MACADAMIA".
(gambar2 yg disiarkan di sini ihsan Suria Janib. Terima kasih)

Sunday, November 16, 2008

alhamdulillah ... terima kasih ya allah ...

Saya tidak dapat menahan perasaan. Pagi 13 November 2008, saya berasa tidak tentu arah. Apa yang saya buat serba tak kena. Di rumah emak, saya menunggu dengan penuh debaran. Deringan telefon bimbit pada pukul 10.45 pagi itu benar-benar membuatkan jantung saya berdegup kencang.

Mendengar suara itu, berserta tangisannya, saya terus menangis. Sungguh ... saya sangat terharu. Emak kehairanan. Abah yang berada di tingkat bawah menerpa ke atas.

Itulah tangisan gembira saya. Saya amat terharu. Saya sungguh gembira. Saya amat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa. Doa saya untuk melihat kejayaan anak-anak telah dimakbulkan-Nya. Alhamdulillah!

Tahniah anakku. Mama sayang kamu. Kamu telah buktikan, 5A bukan mustahil untuk dicapai.
Terima kasih Tuhanku.
Syukur Ya Allah!

Wednesday, October 8, 2008

selamat hari raya aidilfitri

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan, saudara-mara dan pelanggan yang telah banyak membantu selama ini. Saya mohon berbanyak-banyak maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan bagi tempahan kalian. Saya juga mohon ampun sekiranya terdapat bahasa yang kurang sedap dibaca dalam blog ini.

Saya akan terus menerima tempahan biskut dan kek seperti biasa walaupun bukan pada bulan perayaan. Sila hubungi melalui emel.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

MAAF ZAHIR & BATIN.

Tuesday, August 26, 2008

selamat pengantin baru emy dan isteri


Adik sepupu saya melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya dari Melaka. Sejak Sabtu, kami sibuk menyiapkan bahan untuk memasak, belum lagi dikira betapa sibuknya menyiapkan bahan dan peralatan beberapa minggu sebelum itu. Dalam kesibukan itu, saya sempat menyediakan sebiji kek coklat moist untuk dihadiahkan kepada pengantin. Semoga istana bahagia yang dibina akan kekal sehingga ke hujung nyawa.

"SELAMAT PENGANTIN BARU EMY DAN ISTERI"

Tuesday, August 19, 2008

terima kasih sanisah hashim

Sanisah Hashim tempah kek untuk majlis hari lahir Nurul Nuha.
Terima kasih, Sanisah.

"SELAMAT HARI LAHIR, NURUL NUHA"

fondant 2 tingkat anuar manshor

Anuar Manshor, kawan sepejabat Abang telah melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu yang lalu. Anuar tempah kek fondant 2 tingkat (kek coklat moist). Warna tema: ungu. Majlis pihak pengantin perempuan diadakan di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Majlis di rumah keluarga Anuar pula akan berlangsung pada hari Ahad akan datang di Johor Bahru. Antara rakan Abang yang hadir di Kelana Jaya ialah kak Zaiton Samah & keluarga, Azli, Zaidel, Ghani dan Rafiq.

Tidak ada masalah semasa membuat kek ini. Dari awal penyediaan hingga selesai menghias, semuanya berjalan lancar. Saya berpuas hati dapat menyiapkan kek ini dengan sempurna. Semasa berjumpa Anuar pada hari persandingannya, dia pun berpuas hati dengan kek yang ditempah. Alhamdulillah. Terima kasih Anuar dan isteri.




Monday, August 18, 2008

terima kasih staf pengurusan personel

Kek cappuccino untuk majlis meraikan staf Bhg. Pengurusan Personel yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Julai hingga September 2008. Terima kasih kak Rosmah dan semua staf PP.
"SELAMAT HARI LAHIR"

Thursday, August 14, 2008

majlis makan-makan mengeratkan hubungan

Semalam, Abang dan rakan2 mengadakan majlis kesyukuran di tempatnya. Ada sedikit jamuan, dan tentu saja macam biasa mereka order kek daripada saya. Kali ini kek chocolate indulgence menjadi pilihan mereka. Puan Padilah dan Shukri menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Ogos. Saya juga dapat merasa keenakan masakan asam pedas tenggiri Tok Perak yang Abang bawa balik. Memang sedap! Terima kasih kepada Puan Padilah dan rakan2 setugas Abang.
chocolate indulgence
asam pedas ikan tenggiri

Wednesday, August 13, 2008

birthday fazriel @ roy


Kali ni, Ina, pelanggan saya nak sambut birthday anaknya, Roy. Ina nak kek chocolate indulgence. Sebelah malam, saya hantar ke rumah Ina. Dalam perjalanan balik, saya terima mesej daripada Ina: Assalamualaikum kak. 100% markah buat akak. Kek tu memang sedap. Syabas."

Ha, apa nak kata lagi. Kek ni memang kesukaan anak saya. Saya rasa anak Ina pun macam tu juga. Terima kasih, Ina.

Tuesday, August 12, 2008

terima kasih izo & rina

Izo juga tempah kek hantaran untuk tunang dia. Kek hantaran Izo bertemakan warna kuning manakala kek hantaran tunangnya bertemakan warna jingga. Terima kasih kepada Izo dan tunangnya, Rina.

Wednesday, August 6, 2008

ke rumah zuraidah

Malam tadi saya, ditemani Abang dan Ira, menghantar kek jiran Zuraidah. Memang lama tak pernah pergi ke rumah dia. Ikut saja arahan Zuraidah: di belakang PUSPANITA dan dekat sekolah Cina.
Abang pun, lepas PUSPANITA, belok kiri. Ye ke jalan ni, tanya saya. Jalan sempit, kiri kanan semak dan gelap pula. Kalau saya lalu sorang2 memang seram. Takkan la Zu tinggal kat sini, fikir saya. Abang kata, kalau belakang PUSPANITA, inilah blok rumah tu. Memang blok 3 tingkat macam yang Zu kata. Tapi, tengok kat peti surat tak ada pulak nombor rumah macam yang Zu bagi. Saya telefon Zu.
Rupa-rupanya kami salah jalan. Senang saja cari rumah Zu. Dari PUSPANITA, jalan terus jer (jalan tegak jer, kata orang Johor). Sampai nampak sekolah Cina, pandang kiri, itulah rumah Zu. Mohon maaf ya Zu. Tak dapat tunggu lama. Banyak hal nak diselesaikan. Lain kali kita borak panjang.

Tuesday, July 15, 2008

kek pengantin 3 tingkat


kek pengantin 2 tingkat

 "SELAMAT PENGANTIN BARU ARIFF & KATHRYN"
Terima kasih kak Norazmah.

Monday, July 14, 2008

kek baru



Kek fondant hantaran di atas ditempah oleh kak Norazmah untuk anak saudaranya. Walaupun tempahannya urgent kerana dh terlewat, tapi saya layan juga sebab kak Norazmah tidak banyak kerenah. Dia beritahu jenis kek, bentuk kek dan tema warna. Yg lainnya terpulanglah kepada saya. Selalunya, situasi macam ni akan menjadikan kek senang dibuat.
Saya ingat kata-kata emak bahawa sekiranya pelanggan tidak banyak kerenah, kek senang dibuat. Sebaliknya pula, jika pelanggan banyak "songeh", macam2 hal yg berlaku dan melambatkan pembuatan kek itu.
Apa yg emak kata itu memang saya alami. Ada pelanggan yg banyak kerenah apabila menempah kek. Dari awal penyediaan kek tu memang ada masalah.
Banyak kerenah ni bukan saja dlm pembuatan kek, malah dalam hal-hal lain juga.
Macam-macam kerenah pelanggan. Tapi sabar. Tapi ye la, kita ni manusia biasa. Sabar pun ada tahapnya juga. Ye dak?

Maaf la ye. Bukan berleter. Sekadar utk renungan. Kek yang saya paparkan di sini semuanya o.k sebab pelanggan yang tempah semuanya o.k. Terima kasih kepada semua yang sudi menempah dan percaya dengan hasil kerja saya. Bye bye.

Tuesday, June 24, 2008

PERTANDINGAN MENGHIAS KEK

(Untuk imej yg lebih besar, jgn malu2, sila klik pada gambar)






Saya tunjukkan demo sikit, lepas tu pertandingan pun bermula. Macam2 cara peserta menggayakan dan mencorakkan kek masing-masing. Pertandingan berjalan lancar. Semua peserta seronok. Mengambil kira cubaan kali pertama, kira ok la hiasan para peserta. Bukan setakat hias kek saja, kek tu boleh bawa balik! Tempat pertama saya berikan kpd Puan Nattarah Mohamed dari Cheras. Tempat ke-2 Puan Norhizan Rahman dan tempat ke-3 Puan Alijah Yahya. Kenapa mereka menang? Hmmm ... keputusan pengadil muktamad. Surat-menyurat, sms, e-mel, surat layang tidak dilayan!








Hasil hiasan kek peserta. O.K la ... kan? Saya masa belajar dulu pun macam ni la jugak. Simpang perenang. Bagaimanapun, saya tengok semua peserta ada bakat. Ramai yg minta saya buat kelas. Nanti la. Nak siapkan syllabus dulu.



Kak Zan dan Kak Tim. Kak Zan menang tempat ke-2. Kak Tim? Kek yg dia pegang tu ... cantik, kan? Tapi ... kenapa tak menang, ek? Ha ha ha ...

Friday, June 13, 2008

KAK ROHAYA DALAM KENANGAN

 Saya yakin dengan ketentuan Tuhan. Saya percaya kpd Qada dan Qadar. Jodoh pertemuan, ajal maut telah tertulis bagi setiap insan. Tapi saya rasakan kak Ya pergi begitu cepat. Bagai mimpi, tiba2 saja dia pergi utk selama-lamanya.


Walaupun tidak ada kesalahan saya terhadap kak Ya, saya terkilan kerana tidak dapat memohon maaf, bertentang mata dan tidak dapat melawat kak Ya sewaktu dia di hospital. Pemergian kak Ya semakin menyedarkan saya, kita sebenarnya perlu sentiasa bermaaf-maafan. Jgn sampai seseorang terlantar, atau pada hari raya saja, baru nk momohon maaf. Saya sayangkan kak Ya. Saya juga sayangkan kakak2 lain yg menjadi teman setugas bersama-sama saya dulu.


Kak Ya hanya meninggalkan kenangan manis sepanjang persahabatan kami. Kenangan manis yg akan sentiasa menjadi ingatan saya. Dia berkawan dgn sesiapa saja. Dia mempunyai lingkungan kwn yg cukup ramai. Saya percaya setiap org yg pernah bergaul dengannya, setiap orang yang pernah berkawan dengannya, mempunyai kenangan manis masing2.

Sepanjang saya mengenali kak Ya, dia seorang yg cukup baik, malah sentiasa menjaga hati saya. Belum pernah sekalipun dia membuatkan saya marah atau berdendam dengannya.Tidak pernah ada sepatah perkataan pun yg menyakiti hati saya.

Kak Ya seorg yg berterus terang. Dalam ketegasannya, dia tetap boleh bertolak ansur. Apa2 yg tidak disenangi akan diluahkan secara terbuka. Mungkin bagi sesetengah org, sikapnya itu kurang disenangi. Tapi itulah kak Ya. Saya harap, sesiapa yg pernah berasa hati dengannya, dapat memaafkannya. Semoga dia akan tenang dan damai di alam barzakh. Amin.

Tuesday, June 10, 2008

SELAMAT BERSEMADI, KAK YA

12.30 tengah hari, 11 Jun 2008 saya menerima panggilan drp Abang. Dalam sebak, khabar sedih Abang sampaikan. Kakak yang paling baik dgn saya - saat saya masih bekerja sehingga ke akhir hayatnya - kak Ya (Rohaya Mohd Yusof), telah kembali ke rahmatullah. Air mata saya meluncur laju mengenang kak Ya. Walau agak lama saya tidak bertemu dengannya, namun saya sering menerima kiriman salam sejahteranya melalui Abang.


Saya tahu, kak Ya memang rapat dgn Abang sebagai rakan setugas. Kata Abang, mereka selalu bertukar pengetahuan tentang tugas, terutama sewaktu membuat kerja di work station.


Seketika, saya termenung. Bayangan wajah, senyuman dan tawa riangnya segar dalam ingatan. Saya masih ingat, tahun 1989, sewaktu kami sama-sama berbengkel di Genting Highlands, saya sebilik dengan kak Ya. Waktu itu, saya mengandung anak pertama. Dia sangat mengambil berat tentang saya. Saya dijaga seperti adiknya sendiri. Sejak itu kami semakin akrab. Sehingga saat-saat akhir pun (kali terakhir saya berjumpa dengannya pada bulan Mac 2008) dia masih bertanyakan khabar kak Long (anak sulung saya). Setiap kali berjumpa, pasti dia memeluk saya erat-erat.

Kak Ya, semoga Allah mencucurimu dengan rahmat dan hidayah-Nya. Selamat bersemadi dalam tidurmu yang abadi. Sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah.

Gambar2 sewaktu Hari Keluarga 2006 di Port Dickson. Kebetulan pula, bilik saya sekeluarga bersebelahan dengan bilik kak Ya. Kelihatan kak Ya mendukung "Si Tembam" (Nadyne Maryam)anak Rozi, yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-2 baru-baru ini.

Wednesday, May 14, 2008

MERISIK KHABAR

Kak Jah dan "rombongan cik kiah" ke Masjid Tanah, Melaka untuk merisik. Merisik siapa? Merisik Shima yang telah menambat hati Sofian. Saya suka idea Kak Jah - selain cincin merisik, Kak Jah sponsor kek untuk menyerikan majlis, dengan "ayat power" di atas kek -
MERISIK KHABAR SHIMA 4 SOFIAN.
Terima kasih kpd Kak Jah dan keluarga Kak Ruby. Tahniah kpd Sofian.


Wednesday, April 23, 2008

CHOCOLATE INDULGENCE

Kek Chocolate Indulgence ni memang kesukaan saya dan anak-anak. Abang pun suka. Selalunya beli jer kat SR. Tapi, memandangkan harganya yang ... emmm ... sekarang ni dh naik lagi harganya, saya buat la sendiri.


Bercakap pasal harga, saya rasa pelik bin ajaib. Kita, kalau beli kek ke, apa-apa barang ke, kat kedai, senang jer bayar. Mahal pun tak kisah, kan! Tapi, kalau dgn kengkawan, atau org yang kita kenal, seboleh-bolehnya nak murah jer, kan ... kan!


Ni cerita pengalaman saya le. Macam2 kerenah pelanggan. Dh le minta kurang harga, bayar pulak lambat, minta tangguh dulu. (Tapi tak le semua pelanggan macam tu). Kalau kat kedai takde pulak minta tangguh bayar!


Maaf le, emosional sket. Bukan apa, saja nak kongsi pengalaman. Ada gak pelanggan, bila saya hantar kek, minta tangguh bayar, kata tak cukup duit (??), lps tu, sebulan kemudian baru bayar!
Ada gak org cam tu ye? SABAU ... SABAU!!!
O.K la. Cukup dulu utk renungan kita bersama.
Ni ha ... kek chocolate indulgence.


BEAUTIFUL BARBIE

Kek Barbie yang ditempah oleh pelanggan.

Saturday, March 22, 2008

BIRTHDAY HADI DI HOSPITAL

Kak Ina tempah kek utk hari jadi Hadi. Hadi masih mendapatkan rawatan di hospital. Untuk menjaga Hadi, kak Ina cuti tanpa gaji. Begitulah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu. Semoga kak Ina dan suami tabah menghadapi dugaan ini. Saya dapat merasainya. Anak saya pun sebaya Hadi. Masa baru lahir dulu, saya pun pernah bercuti separuh gaji krn menjaga Amirul di hospital. Siang malam di hospital. Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu tidak terbatas. Apa-apa pun sanggup dilakukan demi anak tercinta.


 

Tuesday, March 4, 2008

MUFFIN UNTUK POLIS

Hari ni Abang ke Terengganu, bertugas di Pilihan Raya Umum ke-12. Hari ni juga saya sibuk menyiapkan 500 biji muffin yg ditempah oleh anggota polis Jln Tun H. S. Lee untuk diedarkan kpd anggota polis yg bertugas pada hari pilihan raya. Gambar mufin tak sempat nk shoot.
Harap2 ada gmbr menarik drp Abang bila balik dari Terengganu.

Friday, February 22, 2008

TERIMA KASIH, ABANG

Bermula semalam, Abang bertugas luar sempena penamaan calon p/raya ke-12. Sebelum pegi semalam, ada surprise drp Abang, sempena ulang tahun pkahwinan kami yang ke .... Terima kasih Abang sayang. Sesungguhnya bukan mudah melayari bahtera kehidupan rumah tangga yg penuh dugaan. Alhamdulillah, kami dapat melayarinya dgn tabah.


TERIMA KASIH, AZIMAH

Terima kasih kpd Azimah Mohamad, JKR Seremban. Azimah order buku Cake Decorating. Azimah call, dh dapat buku yg saya kirim. Alhamdulillah.

Sunday, February 10, 2008

GAMBAR "HILANG"

Cuti panjang sejak Khamis hingga Ahad. Sibuk jg siapkan beberapa biji kek hantaran pertunangan dan perkahwinan. Hari Sabtu pulak sibuk dgn persiapan adik sepupu nk bertunang. Banyak juga kek yang nk saya masukkan dlm blog ni. Tapi ... Malang sekali. Semua gambar yg dirakam sejak Rabu hingga Ahad, termasuk gmbr barang2 hantaran pertunangan adik sepupu saya, tetiba hilang dr dlm kamera. Abang pun tngh pening dok pikir, mcm mana gambar2 tu boleh takde. Abang blm sempat transfer gmbr2 tu ke komp. Bila buka kamera nk tengok, ada tulisan ni: No file in this folder. Pada hal, beratus2 kpg gmbr ada dlm tu. Terkilan sungguh!

Thursday, February 7, 2008

KEK PERTUNANGAN DI PAHANG

Pukul 8 pg hntr kek pertunangan kat Zafe. Kek utk majlis pertunangan abang dia. Kek fondant "heart shape" dgn tema warna "turquoise". Kek tu nk bawa ke Pahang. Di dlmnya kek coklat dan saya balut dgn warna putih. Bunganya warna turquoise. Simple saja. Tiada tulisan. Selamat bertunang saya ucapkan kpd abang Zafe dan pasangannya.

Tuesday, February 5, 2008

SELAMAT HARI LAHIR

Semalam, penat la jugak. Uruskan report polis pasal kehilangan purse kak long. Lps tu ke pej pndaftaran, buat kp baru. Sebab student, dendanya 60 hengget jer! Kalau tak, 100 lbh. Balik tu, siapkan beberapa tempahan, termasuk tempahan kak Ya Yusof. Terima kasih, kak Ya. Selamat bercuti.

Tuesday, January 29, 2008

LAGI CONTOH KEK HANTARAN

Saya paparkan kek hantaran sebagai contoh dan pilihan anda.

Fondant tema putih ungu

Fondant tema ungu
Butter tema coklat

Friday, January 25, 2008

FONDANT BAJU MELAYU

 Kek fondant hantaran ni ditempah oleh Erin. "Selamat Pengantin Baru buat Shukri dan Erin." Perkenalan bermula, percintaan amat manis rasanya. Dengan penuh kemanisan, mahligai indah dibina. Kekalkan kemanisan itu selagi masih bernyawa. Eh... ada sekali tu, akak nampak gambar persandingan dalam sebuah majalah popular. Wah... Glamor gitu! Tapi kan... akak tak perasan la pulak ada pengapit dan rakan-rakan invisible di sebelah dan di belakang tu. Very invisible.... dalam majalah jer nampak diorang. Walau bagaimanapun, tahniah le ye!

COKLAT MOIST

Imie dengan Ida. Selamat Pengantin Baru. Kekalkan hubungan suami isteri hingga ke "Hujung Nyawa". Hantaran pengantin bertemakan warna ungu, tapi pengantin nak kek coklat. Jadi, saya pun hiaskan dengan bunga ungu bercampur kuning.

TEMU JANJI

Hari ni ada temu janji dengan pelanggan yang nak tengok contoh kek fondant. Katanya kek ni nak bawa balik untuk hantaran perkahwinan kat Pahang. Memang betul. Kalau untuk perjalanan jauh, kek fondant paling sesuai. Senang nak bawa, tak perlu risau "keselamatan" kek tu. Kek biasa - sponge atau butter pun boleh juga. Cuma bimbang rosak terkena barang hantaran lain. Kalau sanggup pegang/tatang sendiri, ok la, takde hal. Tapi kalau perjalanan tu jauh, sanggup ke nak pegang sepanjang masa? Eeee ... tak sanggup le ...

Thursday, January 24, 2008

RASA-RASANYA DAH BOLEH

Permulaan semalam tak ada masalah. Hari ni pun bila cuba posting, nampak ok jer. Cubaan sendiri-sendiri yang berjaya! Alhamdulillah! Selepas ni, saya akan terus mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Saya akan cuba mengemas kini selagi ada masa.

KEK UNTUK TATAPAN ANDA

Butter cream tema putih

Butter tema coklat muda

Butter tema ungu

Hantaran tema putih kuning 

Fondant square putih

Fondant tema keemasan

 Fondant tema putih ungu

Wednesday, January 23, 2008

FONDANT UNGU