Sunday, November 30, 2008

salam perpisahan ...

Kak Jamilah akan bersara pilihan setelah lama bertugas dalam bidang pentadbiran. Zaidel pula akan berpindah ke Sarawak. Sarawak memang kampung halaman Zaidel. Tentunya beliau seronok dapat bersama-sama semula dengan keluarga tercinta di sana.
Kepada Zaidel, selamat kembali ke kampung halaman. Insya-Allah kalau ada rezeki kami akan ke sana lagi. Teringin juga nak ke Serikin yang terkenal dengan barangan kraf dan perabot Indonesia yang sangat murah harganya. Tempoh hari tak sempat nak ke situ.

Kepada kak Jamilah, selamat bersara. Masa persaraan memang dinanti-nantikan oleh setiap pekerja. Mula-mula memang terasa "kosong" dan tak tahu nak buat apa-apa - macam yg pernah saya alami lebih enam tahun lalu. Kak Milah pasti dah ada perancangan sendiri. Tentunya nanti kak Milah akan sibuk pula dengan urusan perniagaannya. Akan terisilah "kekosongan" selepas persaraan nanti. Semoga perancangan yang bakal dijalankan akan beroleh kejayaan.
Seperti yang diminta, saya buatkan kek istimewa untuk majlis mereka. Kek "CAPPUCINO INDULGENCE WITH MACADAMIA".
(gambar2 yg disiarkan di sini ihsan Suria Janib. Terima kasih)

Sunday, November 16, 2008

alhamdulillah ... terima kasih ya allah ...

Saya tidak dapat menahan perasaan. Pagi 13 November 2008, saya berasa tidak tentu arah. Apa yang saya buat serba tak kena. Di rumah emak, saya menunggu dengan penuh debaran. Deringan telefon bimbit pada pukul 10.45 pagi itu benar-benar membuatkan jantung saya berdegup kencang.

Mendengar suara itu, berserta tangisannya, saya terus menangis. Sungguh ... saya sangat terharu. Emak kehairanan. Abah yang berada di tingkat bawah menerpa ke atas.

Itulah tangisan gembira saya. Saya amat terharu. Saya sungguh gembira. Saya amat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa. Doa saya untuk melihat kejayaan anak-anak telah dimakbulkan-Nya. Alhamdulillah!

Tahniah anakku. Mama sayang kamu. Kamu telah buktikan, 5A bukan mustahil untuk dicapai.
Terima kasih Tuhanku.
Syukur Ya Allah!