Tuesday, June 24, 2008

PERTANDINGAN MENGHIAS KEK

(Untuk imej yg lebih besar, jgn malu2, sila klik pada gambar)






Saya tunjukkan demo sikit, lepas tu pertandingan pun bermula. Macam2 cara peserta menggayakan dan mencorakkan kek masing-masing. Pertandingan berjalan lancar. Semua peserta seronok. Mengambil kira cubaan kali pertama, kira ok la hiasan para peserta. Bukan setakat hias kek saja, kek tu boleh bawa balik! Tempat pertama saya berikan kpd Puan Nattarah Mohamed dari Cheras. Tempat ke-2 Puan Norhizan Rahman dan tempat ke-3 Puan Alijah Yahya. Kenapa mereka menang? Hmmm ... keputusan pengadil muktamad. Surat-menyurat, sms, e-mel, surat layang tidak dilayan!








Hasil hiasan kek peserta. O.K la ... kan? Saya masa belajar dulu pun macam ni la jugak. Simpang perenang. Bagaimanapun, saya tengok semua peserta ada bakat. Ramai yg minta saya buat kelas. Nanti la. Nak siapkan syllabus dulu.



Kak Zan dan Kak Tim. Kak Zan menang tempat ke-2. Kak Tim? Kek yg dia pegang tu ... cantik, kan? Tapi ... kenapa tak menang, ek? Ha ha ha ...

Friday, June 13, 2008

KAK ROHAYA DALAM KENANGAN

 Saya yakin dengan ketentuan Tuhan. Saya percaya kpd Qada dan Qadar. Jodoh pertemuan, ajal maut telah tertulis bagi setiap insan. Tapi saya rasakan kak Ya pergi begitu cepat. Bagai mimpi, tiba2 saja dia pergi utk selama-lamanya.


Walaupun tidak ada kesalahan saya terhadap kak Ya, saya terkilan kerana tidak dapat memohon maaf, bertentang mata dan tidak dapat melawat kak Ya sewaktu dia di hospital. Pemergian kak Ya semakin menyedarkan saya, kita sebenarnya perlu sentiasa bermaaf-maafan. Jgn sampai seseorang terlantar, atau pada hari raya saja, baru nk momohon maaf. Saya sayangkan kak Ya. Saya juga sayangkan kakak2 lain yg menjadi teman setugas bersama-sama saya dulu.


Kak Ya hanya meninggalkan kenangan manis sepanjang persahabatan kami. Kenangan manis yg akan sentiasa menjadi ingatan saya. Dia berkawan dgn sesiapa saja. Dia mempunyai lingkungan kwn yg cukup ramai. Saya percaya setiap org yg pernah bergaul dengannya, setiap orang yang pernah berkawan dengannya, mempunyai kenangan manis masing2.

Sepanjang saya mengenali kak Ya, dia seorang yg cukup baik, malah sentiasa menjaga hati saya. Belum pernah sekalipun dia membuatkan saya marah atau berdendam dengannya.Tidak pernah ada sepatah perkataan pun yg menyakiti hati saya.

Kak Ya seorg yg berterus terang. Dalam ketegasannya, dia tetap boleh bertolak ansur. Apa2 yg tidak disenangi akan diluahkan secara terbuka. Mungkin bagi sesetengah org, sikapnya itu kurang disenangi. Tapi itulah kak Ya. Saya harap, sesiapa yg pernah berasa hati dengannya, dapat memaafkannya. Semoga dia akan tenang dan damai di alam barzakh. Amin.

Tuesday, June 10, 2008

SELAMAT BERSEMADI, KAK YA

12.30 tengah hari, 11 Jun 2008 saya menerima panggilan drp Abang. Dalam sebak, khabar sedih Abang sampaikan. Kakak yang paling baik dgn saya - saat saya masih bekerja sehingga ke akhir hayatnya - kak Ya (Rohaya Mohd Yusof), telah kembali ke rahmatullah. Air mata saya meluncur laju mengenang kak Ya. Walau agak lama saya tidak bertemu dengannya, namun saya sering menerima kiriman salam sejahteranya melalui Abang.


Saya tahu, kak Ya memang rapat dgn Abang sebagai rakan setugas. Kata Abang, mereka selalu bertukar pengetahuan tentang tugas, terutama sewaktu membuat kerja di work station.


Seketika, saya termenung. Bayangan wajah, senyuman dan tawa riangnya segar dalam ingatan. Saya masih ingat, tahun 1989, sewaktu kami sama-sama berbengkel di Genting Highlands, saya sebilik dengan kak Ya. Waktu itu, saya mengandung anak pertama. Dia sangat mengambil berat tentang saya. Saya dijaga seperti adiknya sendiri. Sejak itu kami semakin akrab. Sehingga saat-saat akhir pun (kali terakhir saya berjumpa dengannya pada bulan Mac 2008) dia masih bertanyakan khabar kak Long (anak sulung saya). Setiap kali berjumpa, pasti dia memeluk saya erat-erat.

Kak Ya, semoga Allah mencucurimu dengan rahmat dan hidayah-Nya. Selamat bersemadi dalam tidurmu yang abadi. Sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah.

Gambar2 sewaktu Hari Keluarga 2006 di Port Dickson. Kebetulan pula, bilik saya sekeluarga bersebelahan dengan bilik kak Ya. Kelihatan kak Ya mendukung "Si Tembam" (Nadyne Maryam)anak Rozi, yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-2 baru-baru ini.